Address
44, Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

IMPORTANCE OF

SCALING AFTERCARE

Cuci gigi merupakan satu prosedur pergigian yang dapat membantu menghilangkan plak dan karang gigi. Plak terdiri daripada banyak kombinasi iaitu makanan, bakteria, dan air liur dimana jika tidak dibersihkan, ia akan mengeras menjadi karang gigi. Plak dan karang gigi mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan masalah gusi seperti gusi berdarah dan gigi yang goyang. Selepas cuci gigi, anda akan mengalami sedikit rasa ngilu (sensitif) buat sementara dan sedikit pergerakan gigi. Oleh itu, penjagaan selepas rawatan ini amatlah penting.

Berikut adalah beberapa cara penjagaan selepas cuci gigi:

  1. Elakkan minum air yang terlalu panas dan sejuk untuk kurangkan rasa ngilu (sensitif). 
  2. Tingkatkan pengambilan kalsium, seperti minum lebih banyak susu, untuk menggalakkan penyembuhan gusi jika anda mengalami gusi berdarah.
  3. Di GTC, kami akan sapu gel anti-sensitif selepas cuci gigi untuk keadaan yang lebih selesa. Ia juga dapat mencegah daripada gigi rosak. Elakkan daripada berkumur, makan atau minum selama satu jam selepas cuci gigi. 

Berikut adalah beberapa keadaan yang berlaku selepas cuci gigi:

  1. Gigi Sensitif: Selepas cuci gigi, anda akan mengalami rasa ngilu yang sementara disebabkan oleh permukaan gigi yang telah terdedah. Kebiasaannya, rasa ngilu ini akan berkurangan dari masa ke semasa.
  2. Ketidakselesaan Gusi: Proses cuci gigi ini melibatkan pembersihan poket di sekeliling gusi secara mendalam, dimana ia akan menyebabkan keradangan buat sementara. Berkumur dengan air garam amatlah membantu dalam penyembuhan gusi.
  3. Gusi Berdarah: Selepas cuci gigi, gusi akan berdarah sedikit dan ia adalah satu perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berterusan atau berlebihan, anda dinasihati untuk rujuk pada pakar pergigian. 
  4. Perubahan Sementara Pada Penampilan Gigi: Permukaan gigi mungkin akan lebih terdedah selepas cuci gigi, ini menyebabkan gigi akan kelihatan panjang atau jarak antara gigi akan kelihatan jelas dari sebelumnya. Kebiasaannya, keadaan ini hanya berlaku untuk sementara dan boleh diperbaikkan lagi dengan menjaga kebersihan mulut dengan betul. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di whatsapp 0127887543 

Photo of a lady with lab coat with her pewter award holding a file smiling . There is writing on the photo stating Dr. Chan Gaek Theng, recipient of Segi Chancellor's award, overall best student of all degree programme conducted at segi university

FAQs

Click here to find out more about scaling at GTC Dental.