Address
44, Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

IMPORTANCE OF

EXTRACTION AFTERCARE

Untuk memastikan penyembuhan yang baik dan mencegah komplikasi dengan penjagaan yang betul selepas pengekstrakan gigi. Pakar kami telah senaraikan petua petua yang penting untuk pengurusan dari segi kesakitan, kebersihan mulut dan proses pemulihan yang cepat.

Pengurusan dari segi pendarahan

  1. Gigit kapas (gauze) selama 30 minit. Jika pendarahan berterusan, tukar kepada kapas (gauze) yang baru. Anda juga boleh menggigit uncang teh yang lembap kerana teh mengandungi asid tannic yang membantu untuk menghentikan pendarahan. 
  2. Darah akan meleleh sedikit pada 24 jam yang pertama dan ianya perkara yang biasa. Akan tetapi jika pendarahan tersebut tidak berhenti, sila hubungi kami dengan secepat yang mungkin. 
  3. Jangan makan makanan yang pedas dan panas pada 24 jam yang pertama.
  4. Jangan bersenam pada 24 jam yang pertama.
  5. Jangan guna penyedut minuman pada 24 jam yang pertama. 
  6. Jangan bilas/ kumur/ ludah pada 24 jam yang pertama.
  7. Elakkan ambil minuman yang beralkohol dan merokok pada 24 jam yang pertama. 


Penjagaan gigi

  1. Berus dengan perlahan lahan di kawasan bersebelahan, anda boleh mula memberus di kawasan cabutan jika anda sudah berasa selesa. 
  2. Kumur dengan 1/2 sudu teh garam + air suam 4 kali sehari (mulakan sehari selepas hari cabutan)


Diet

  1. Elakkan makanan dan minuman yang panas. Boleh makan makanan yang sejuk dan lembut terlebih dahulu. 


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di whatsapp 0127887543

Photo of a lady with lab coat with her pewter award holding a file smiling . There is writing on the photo stating Dr. Chan Gaek Theng, recipient of Segi Chancellor's award, overall best student of all degree programme conducted at segi university

FAQs

  1. Click here to find out more about extraction at GTC Dental.
  2. If you accidentally poke at the extraction wound and it starts to bleed again, try to place gauze on the wounded area and bite for at least half an hour, if you do not have any gauze, you can use a bite on a moist tea bag.  Click here  to find out more on youtube how to place a tea bag on the extraction wound.