Address
44, Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

KEPENTINGAN

Penjagaan Selepas Tampalan (Filling)

Selepas membuat rawatan tampalan gigi, ianya adalah perkara yang biasa jika kita mempunyai banyak persoalan tentang penjagaan selepas rawatan tersebut. Pada artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang beberapa aspek yang penting dalam penjagaan selepas tampalan untuk memastikan penyembuhan yang baik dan jangka hayat yang berpanjangan. Sama ada anda telah menjalani rawatan tampalan gigi pada waktu yang terdekat ataupun anda sedang bersedia dengan prosedur tersebut, anda masih perlu memahami langkah-langkah penjagaannya supaya anda boleh mengekalkan kesihatan mulut dan jangka hayat pergigian dengan lebih lama. 

  1. Bolehkah saya makan selepas rawatan tampalan ?
    • Untuk Tampalan Resin Komposit: Ya, anda boleh terus makan! Tampalan resin komposit ini akan terus mengeras sejurus selepas prosedur, yang membenarkan anda untuk makan seperti biasa. 
    • Untuk Tampalan Ionomer Kaca (GIC): Anda dinasihati untuk tunggu sekurang kurangnya 1 jam sebelum mengambil hidangan yang seterusnya. Tempoh menunggu ini membolehkan tampalan tersebut mengeras sepenuhnya dan juga untuk memastikan tahap ketahanannya tahan lebih lama. 
  2. Apakah makanan yang saya perlu elak selepas rawatan tampalan ?
    • Makanan yang keras seperti kacang: Mengunyah makanan yang keras boleh memberi tekanan berlebihan pada tampalan anda, yang berpotensi untuk merosakkan dan juga mungkin tampalan anda akan tercabut. 
    • Makanan yang kenyal seperti gula gula getah: Bahan yang melekit dan kenyal boleh melekat pada tampalan dan akan menyebabkan tampalan itu terkeluar. 
    • Makanan yang melekit seperti karamel dan coklat: Sama seperti gula gula getah, makanan yang melekit boleh melekat pada tampalan dan akan menjejaskan kestabilannya. 
    • Makanan yang berwarna seperti kari: Sesetengah makanan yang berwarna, terutama sekali yang mempunyai pigmen yang kuat, sangat berpotensi untuk mengotorkan tampalan anda dari masa ke semasa. 
  3. Bolehkah saya berus gigi selepas rawatan tampalan ?
    Ya, anda boleh berus gigi seperti biasa selepas menjalani rawatan tersebut. 
  4. Ketidakselesaan selepas rawatan tampalan
    Ia adalah perkara yang biasa sekiranya anda mengalami rasa ngilu (sensitif) atau rasa tidak selesa selepas rawatan tersebut. Ketidakselesaan ini biasanya akan hilang sendiri selepas beberapa hari. Jika ia semakin berterusan atau bertambah teruk, anda harus segera menghubungi doktor gigi anda untuk pemeriksaan bagi memastikan semuanya akan sembuh dengan baik. 

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di whatsapp 0127887543

Photo of a lady with lab coat with her pewter award holding a file smiling . There is writing on the photo stating Dr. Chan Gaek Theng, recipient of Segi Chancellor's award, overall best student of all degree programme conducted at segi university

Soalan Lazim

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tampalan (Filling) di GTC Dental.

Klik sini  untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana tampalan (Filling) dibuat di youtube

Do I have more permanent solution that will last not using filling?

Yes, there are alternative options to traditional fillings that can provide a more permanent solution for tooth restoration. Here are a few options:

Dental Crowns: A dental crown is a custom-made cap that covers the entire tooth, providing strength and protection. Crowns are typically used for more extensive damage or when the tooth's structure is compromised. They can be made from various materials, including porcelain, ceramic, metal, or a combination of these materials.