About
TENTANG KAMI
Di GTC, kami berusaha untuk menggantikan kenangan buruk berkenaan pergigian dengan layanan rawatan dan keselesaan yang luar biasa. Dengan adanya pasukan yang berdedikasi dan teknologi terkini, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan pergigian yang cemerlang. Ketahui lebih lanjut tentang kami dan keistimewaan di GTC.
MATLAMAT UTAMA KAMI
Misi kami adalah untuk menyediakan penjagaan pergigian yang bertimbang rasa dan komprehensif untuk meningkatkan kesihatan mulut dan kesejahteraan pesakit kami. Secara keseluruhan, terdapat 5 nilai utama yang kami fokuskan.
NILAI TERAS
Kecemerlangan Pergigian
Kami penuh dengan dedikasi demi mencapai Kecemerlangan Pergigian dalam setiap aspek amalan pergigian kami. Dr. Cherlyn Chan, penerima Anugerah Canselor Universiti SEGI yang berprestij pada 2018 . Dr. Chan mengetuai pasukan kami dalam memberikan penjagaan pergigian yang luar biasa.Komitmen beliau terhadap pembelajaran yang berterusan memastikan beliau sentiasa penuh dengan pengetahuan dan teknik terkini demi memberikan rawatan yang cemerlang kepada pelanggan. Kelayakan dan latihan profesional pergigian kami untuk penggunaan bahan berkualiti tinggi dan teknologi cangggih. Kami mengekalkan dedikasi yang tidak berbelah bagi untuk menyampaikan standard penjagaan pergigian yang tertinggi.
4 NILAI UTAMA KAMI
Kepercayaan dan Integriti
Amanah adalah asas amalan kami. Kami hargai kepercayaan yang diberikan oleh pesakit dan kami berusaha untuk mengekalkannya dengan berkomunikasi secara terbuka dan jujur, beretika dan komitmen terhadap perkara sulit pesakit. Kami percaya dalam membina hubungan jangka panjang berasaskan kepercayaan dan saling menghormati.
Pusat Penjagaan Pesakit
Misi kami tertumpu kepada pesakit kami dan kami komited untuk menyediakan penjagaan pergigian yang dapat memenuhi kepuasan hati anda. Kami mengutamakan untuk mendengar sebarang masalah pergigian pesakit kami, memahami kebimbangan mereka dan memberikan mereka kebebasan dalam membuat keputusan. .
Pembelajaran Berterusan dan Inovasi
Pergigian ialah bidang yang sentiasa berkemban dan kami berdedikasi untuk kekal di barisan hadapan dalam kemajuan dan teknologi. Kami sentiasa meneruskan pendidikan dan latihan untuk memastikan pesakit kami dapat manfaat daripada teknik dan rawatan yang disediakan.
Belas Kasihan dan Empati
Kami memahami bahawa lawatan pergigian kadangkala agak mencabar atau menimbulkan kebimbangan kepada pesakit kami. Kami berinteraksi dengan belas kasihan, empati dan sentuhan secara lembut. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan yang mesra di mana pesakit kami berasa selesa dan dijaga.
TANTANG PENDEKATAN KAMI
Mengenai pendekatan kami, kami berbangga dengan pendekatan unik kami terhadap penjagaan pergigian yang membezakan kami daripada klini lain. Kami mengutamakan keselesaan pesakit, penjagaan peribadi dan pendekatan komprehensif untuk memenuhi keperluan pergigian. Anda boleh melakukan sebarang rawatan pergigian di klinik yang sama tanpa merujuk kepada klinik pergigian yang lain untuk menyelesaikan rawatan pergigian. Berikut ialah aspek utama pendekatan kami:
Keselesaan Pesakit
Kami mengutamakan keselesaan dan kesejahteraan anda semasa lawatan pergigian. Kakitangan kami yang mesra mewujudkan persekitaran yang santai, membuatkan anda berasa selesa dari saat anda tiba di klinik ini.
Penjagaan Peribadi
Kami menghargai keunikan setiap pesakit, mendengar keperluan dan matlamat mereka. Pendekatan peribadi kami memastikan pelan rawatan yang diberikan menemu hasil yang optimum. Kami mengutamakan pencegahan, pendidikan dan intervensi awal untuk kesihatan pergigian jangak panjang.
Rawatan Komprehensif
Kami mengutamakan penjagaan pergigian yang komprehensif, menangani kebimbangan segera bagi meningkatkan kesihatan mulut jangka panjang. Kakitangan profesional kami yang berpengalaman menjalankan pemeriksaan menyeluruh, menggunakan diagnostik lanjut untuk pelan rawatan holistik.
Teknik dan Teknologi Khusus
Dapatkan penjagaan pergigian lanjut dengan teknik khusus dan teknologi terkini. Temui pergigian moden untuk meningkatkan kesihatan mulut dan pengalaman yang luar biasa.
Layanan Kasih Sayang
Kami menghargai keunikan pergigian pelanggan kami. Kami mendengar, memahami dan membuat pelan rawatan khusus bagi setiap pelanggan kami. Kepuasan hati anda adalah keutamaan kami untuk mendapatkan hasil yang optimum.
TENTANG FASILITI KAMI
Di Klinik Pergigian GTC, kami mempunyai pendekatan yang unik terhadap penjagaan pergigian yang membezakan kami daripada klinik lain. Kami bersemangat untuk menyediakan perkhidmatan pergigian yang luar biasa dan pasukan kami berdedikasi untuk memberikan rawatan yang berkualiti tinggi. Kami mengutamakan keselesaan pesakit, penjagaan peribadi dan pendekatan secara komprehensif terhadap pergigian. Anda boleh mempercayai kami untuk mengendalikan semua aspek rawatan pergigian anda kerana kami mempunyai pelbagai perkhidmatan yang disediakan.Berikut ialah aspek pendekatan kami:
Intraoral Camera
SERVICES
RAWATAN YANG DITAWAR OLEH GTC
Pendakap Gigi
Ortodontik kami (pendakap) boleh meluruskan gigi dan rahang yang tidak sejajar dengan berkesan untuk senyuman yang yakin dan sihat.
Crown and Bridge
Pulihkan gigi yang rosak atau hilang dengan rawatan Crown and Bridge. Ia kelihatan dan rasa seperti gigi asli anda.
Rawatan Salur Akar
Selamatkan gigi yang rosak atau dijangkiti daripada dicabut dengan rawatan salur akar kami. Ia boleh melegakan kesakitan dan memulihkan kesihatan mulut.
Cuci Gigi
Keluarkan pemebentukan plak dan karang gigi dengan penskalaan gigi kami. Ia boleh meningkatkan kesihatan mulut anda dan mencegah penyakit gusi.
Tampal
Rawat kaviti dan pulihkan gigi yang rosak dengan prosedur tampalan kami. Ia boleh meningkatkan kesihatan mulut anda dan elak daripada pereputan gigi.
Cabut Gigi
Rawatan cabut gigi boleh membuang gigi yang reput atau terimpak dengan selamat dan berkesan untuk kesihatan mulut yang lebih baik
Pemutihan Gigi
Rawatan pemutihan gigi profesional kami boleh mencerahkan senyuman anda dan meningkatkan keyakinan anda.
Gigi Palsu
Gantikan gigi yang hilang dengan rawatan gigi palsu kami. Ia disesuaikan untuk mulut anda bagi penampilan yang selesa dan semula jadi.
Rawatan Lain
Kami menawarkan pelbagai rawatan pergigian, termasuk penjagaan pencegahan, pergigian kecemasan dan lain-lain. Rujuk pasukan pergigian kami untuk mengetahui lebih lanjut.