Braces
Pendakap Gigi (Braces)
Cantikkan senyuman anda dengan rawatan Pendakap Gigi (Braces)
Di Klinik Pergigian GTC, kami mempunyai kepakaran yang tinggi dalam rawatan pendakap gigi (braces) untuk mencapai senyuman yang lebih lurus dan sihat. Pelan rawatan kami direka untuk memenuhi keperluan dan matlamat unik anda, fokus dalam menjajarkan gigi, dan meningkatkan kesihatan mulut anda. Dengan teknologi yang lebih moden pada masa kini, kami ingin menjadikan pendakap gigi itu mudah, selesa dan berkesan. Ketahui manfaat rawatan pendakap gigi ini dengan lebih lanjut bersama kami di Klinik Pergigian GTC.
JENIS PENDAKAP GIGI
Kami menawarkan 4 jenis Pendakap Gigi
Pendakap Gigi Logam
Ia adalah cara yang boleh dipercayai dan berkesan untuk meluruskan gigi. Ia tahan lama dan anda boleh memilih warna elastik mengikut pilihan tersendiri.
Pendakap Gigi Pengikat Diri
Ia menggunakan klip untuk memegang wayar pada tempatnya, dimana temujanji susulan anda akan berkurang dan anda akan rasa lebih selesa dengan jenis pendakap ini.
Pendakap Gigi Seramik
Diperbuat daripada bahan yang jernih ataupun bahan yang berwarna seperti warna gigi. Ia nampak kurang ketara berbanding pendakap logam, tetapi ia masih salah satu cara yang berkesan juga untuk menggerakkan gigi.
Lutsinar
Menggunakan plastik lutsinar untuk menggerakkan gigi tanpa menggunakan wayar logam. Ia boleh ditanggalkan sendiri untuk memudahkan rutin pemakanan dan pembersihan anda.
Click here to find out more about different type of braces
cantikkan gigi anda hari ini
Siapakah yang memerlukan Pendakap Gigi?
Gigi Jarang( Jarak Gigi Renggang )
Masalah gigi jarang, seperti jarak antara gigi atau gigi yang bertindih akan menjejaskan penampilan senyuman dan kesihatan mulut secara keseluruhan. Ia adalah solusi yang berkesan untuk membetulkan kedudukan gigi. Sama ada pendakap gigi logam (konvensional), pendakap pengikat diri(self-ligating), pendakap gigi seramik, atau pendakap gigi lutsinar, pasukan pergigian kami yang berpengalaman akan meneydiakan pelan rawatan agar sesuai dengan keperluan dan matlamat anda. Dengan pendakap gigi, anda akan mempunyai senyuman yang sihat dan menawan.
Gigi Jongang
Gigi jongang merupakan masalah pergigian yang sering dialami oleh kanak-kanak mahupun dewasa. Keadaan ini berlaku apabila gigi hadapan atas terkeluar lebih daripada gigi hadapan bawah, menyebabkan berlakunya penjarakan antara rahang atas dan bawah. Gigi jongang boleh menyebabkan kesukaran bertutur, kesukaran mengigit dan mengunyah serta bimbangan berkenaan kosmetik. Ia boleh membantu gigi jongang dengan menggerakkan gigi secara beransur-ansur ke kedudukan yang sepatutnya.
Dengan mengaplikasikan tekanan, ia boleh menggerakkan gigi supaya teratur, membetulkan gigi jongang dan juga penampilan. Kumpulan kami akan memberikan rawatan pendakap gigi yang terbaik demi senyuman yang sihat dan menawan.
Gigitan Silang
Gigitan Silang berlaku apabila gigi atas dan bawah tidak bercantum dengan betul. Ia akan menyebabkan gigi tidak sekata, sakit rahang dan juga kesukaran dalam pertuturan atau pengunyahan. Ia dapat bantu membetulkan gigi silang dengan menggerakkan gigi ke posisi yang betul, membaiki susunan gigi silang dengan menggerakkan gigi ke posisi yang betul dan mengelakkan kecederaan pada gigi dan rahang.Doktor gigi kami akan menyediakan pilihan rawatan pendakap gigi yang paling berkesan untuk memenuhi kepuasan hati anda dan dapat senyum dengan yakin.
Gigitan Terbuka
Gigitan Terbuka ialah kondisi gigi di mana tidak bersentuhan apabila mulut ditutup. Ini boleh menyebabkan kesukaran mengigit, mengunyah dan bercakap. Gigitan terbuka boleh diperbetulkan dengan menyusun semula gigi dan menutup jurang antara gigi atas dan bawah. Dengan berbuat demikian, gigitan diperbetulkan dan pesakit dapat menikmati kelebihannya. Doktor gigi kami mempunyai pengalaman yang luas dalam merawat gigitan terbuka dan kami boleh meneydiakan pelan rawatan untuk memenuhi cita rasa anda.
Gigi Bertindih
Gigi Bertindih berlaku apabila tiada ruang yang cukup di rahang untuk semua gigi disusun dengan teratur. Ini menyebabkan gigi bertindih atau terkeluar dari posisinya. Ia akan menggerakkan gigi secara perlahan-lahan kepada posisi yang betul, mewujudkan ruang dan menambah baik fungsi gigi serta penampilan senyuman anda.Dengan rawatan pendakap gigi kami, anda boleh memperolehi senyuman yang lebih sihat dan yakin dengan gigi yang sejajar.
WAJAH SENYUMAN DI GTC DENTAL