Address
44, Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

Tampalan Gigi

Kami akan cantikkan gigi anda dengan tampalan gigi dan juga keyakinan diri.

Apabila rongga ditemui, ia perlu dipulihkan untuk struktur semula jadi dan fungsi gigi. Di Klinik Pergigian GTC, kami menawarkan beberapa jenis tampalan untuk memenuhi keperluan individu anda, antaranya ialah tampalan komposit, GIC, dan amalgam. Doktor gigi kami yang sangat mahir dan profesional ini menggunakan kemudahan dan teknik yang betul demi memastikan tampalan anda selesa dan tahan lama. Percaya pada kami untuk membantu anda dalam memperoleh senyuman yang sihat dan cantik.  

JENIS-JENIS TAMPALAN

Kami Menawarkan 2 Jenis Tampalan

Tampalan Komposit

Bahan resin yang berwarna gigi digunakan untuk mengisi rongga dan ia akan dipadankan dengan warna gigi asal anda.

Tampalan Ionomer Kaca

Sejenis tampalan yang mengeluarkan fluorida dan sering digunakan untuk gigi kanak-kanak dan juga merawat rongga yang kecil.

Tampalan Amalgam

Sejenis tampalan tradisional yang diperbuat daripada campuran logam. Tampalan ini selalu digunakan untuk menutupi rongga yang lebih besar pada gigi belakang. Kami tidak menawarkan jenis tampalan ini disini.

Kebaikan dan Keburukan bagi Setiap Jenis Tampalan Gigi

Jenis Tampalan

KebaikanKeburukan
Komposit– Penampilan natural– Lebih mahal berbanding dengan amalgam
 – Melekat pada gigi– Tidak tahan lama seperti amalgam
 – Pembuangan struktur gigi secara minimum– Memerlukan jangka masa rawatan yang lebih panjang
GIC– Mengeluarkan fluoride untuk mengelakkan pereputan-Tidak sekukuh komposit atau amalgam
 – Mudah dan cepat untuk ditampal– Mudah terdedah dan cepat kotor
 – Melekat pada gigi– Tidak dapat bertahan lama seperti komposit atau amalgam
Amalgam– Kukuh dan tahan lama– Warna silver agak menonjol.
 – Murah sikit daripada komposit– Memerlukan pembuangan struktur gigi lebih sedikit daripada komposit 
 -Tahan lama – Mengandungi sedikit merkuri (controversial)

Tekan di sini  untuk mengetahui lebih dalam tentang Jenis Tampalan Gigi.

WAJAH SENYUMAN SELEPAS TAMPALAN DI GTC DENTAL

Sebelum dan Selepas

Penjagaan Selepas Prosedur dan Proses Pemulihan

Amatlah penting untuk mengekalkan rutin kebersihan mulut yang baik dan membuat pemeriksaan secara berkala. Kakitangan kami akan membantu untuk menerangkan langkah penjagaan untuk proses penyembuhan dan kejayaan jangka panjang gigi yang telah dirawat. Sila klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Filling Aftercare Treatment at GTC