Address
44, Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

Rawatan saluran Akar (RCT)

Memulihkan Kesihatan Gigi dan Menyelamatkan Gigi

In a Root Canal Treatment (RCT), kakitangan kami yang berkemahiran ini menjalankan satu prosedur khusus untuk menyelamatkan gigi yang rosak teruk atau dijangkiti. Kami mengeluarkan tisu yang dijangkiti, membersihkan saluran akar dan menutup gigi supaya tiada jangkitan lain pada masa akan datang.  Pakar pergigian kami menggunakan teknik dan teknologi yang moden untuk memastikan kejayaan rawatan saluran akar (RCT) seterusnya memastikan keselesaan kepada pesakit kami.

Manfaat Rawatan Saluran Akar

  1. Melegakan kesakitan: Rawatan saluran akar meredakan sakit gigi yang teruk yang berpunca dari jangkitan atau keradangan gigi. Dengan membuang tisu yang dijangkiti dan mengurangkan tekanan, rawatan saluran akar dapat meredakan kesakitan dengan segera. 

  2. Memelihara gigi semulajadi: Rawatan saluran akar dapat mengekalkan gigi semulajadi anda dengan merawat punca jangkitan dan keradangan. Memelihara gigi semulajadi anda adalah penting untuk mengekalkan fungsi mulut yang teratur, nilai estetika dan mengelakkan gigi anda dicabut.

  3. Pemulihan kesihatan mulut: Dengan menyingkirkan jangkitan, rawatan saluran akar boleh mengelakkan penyebaran bakteria dan kerosakan yang lain disekeliling gigi dan gusi. Ini dapat membantu memulihkan kesihatan mulut anda dan mengelak sebarang komplikasi seperti nanah dan kehilangan tulang.

  4. Memperbaiki percakapan dan mengunyah: Rawatan saluran akar dapat memperbaiki kebolehan untuk mengunyah yang normal dan bercakap dengan membuang tisu yang telah dijangkiti dan memulihkan gigi tanpa ketidakselesaan atau rasa sakit. 

  5. Nilai Estetika: Selepas rawatan saluran akar,  kami akan meletakkan sarung gigi (crown) untuk melindungi dan menguatkan gigi yang telah dirawat. Ini dapat menambahbaik penampilan gigi, supaya selari dengan senyuman semulajadi anda.

Proses Rawatan Saluran Akar

  1. Pemeriksaan dan Diagnosis: Kami akan memeriksa gigi, membuat ujian, dan menggunakan X-rays untuk mengenalpasti sekiranya perlu membuat Rawatan Saluran Akar (RCT). Kami akan berbincang tentang rawatan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan pesakit.

  2. Bius: Pakar pergigian mengesyorkan ubat bius untuk memastikan tiada kesakitan semasa proses Rawatan Saluran Akar (RCT). Doktor gigi akan membuka ruang kecil gigi untuk sampai ke kawasan yang dijangkiti. 

  3. Membuang tisu yang dijangkiti: Kami akan membuang kawasan yang telah dijangkiti darpada saluran akar menggunakan perlatakan khas untuk membersih dan membasmi kuman.

  4. Tampalan: Kami menggunakan material gutta-percha untuk menampal saluran akar yang telah dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan semula. Manakala ruang gigi yang terbuka akan ditutup secara sementara atau kekal. 

  5. Pemulihan: Kebiasaanya, sarung gigi (crown) akan diletakkan pada gigi untuk menguatkan, melindungi dan mengekalkan nilai estetik. Sarung gigi (crown) juga memulihkan fungsi dan penampilan gigi yang sempurna.

Penjagaan dan Pemulihan Rawatan Saluran Akar

Selepas rawatan saluran akar, amatlah penting untuk mengekalkan rutin kebersihan mulut yang baik dan melakukan pemeriksaan secara berkala. Pihak kami akan membantu anda dengan menerangkan cara penjagaan secara terperinci untuk memastikan kesembuhan dan kejayaan jangka panjang gigi yang telah dirawat. Sila klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjagaan selepas rawatan saluran akar  Root Canal Treatrment Aftercare at GTC.

 Jika anda mengalami sakit gigi atau dinasihatkan untuk menjalani Rawatan Saluran Akar (RTC), kakitangan kami yang berkemahiran akan membantu anda dengan kepakaran kami. Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat supaya kami dapat membantu If you are experiencing tooth pain or have been advised to undergo RCT, our skilled dental professionals are here to provide you with compassionate care and expertise. Contact us today to schedule a consultation and let us restore your dental health with precision and comfort.