Braces Aftercare
KEPENTINGAN
Penjagaan Selapas Pemakaian Pendakap Gigi
Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda semua tentang penjagaan alat pendakap gigi (braces). Adalah sangat penting untuk membersihkan gigi dengan menggosok gigi menggunakan berus gigi yang biasa dan berus gigi ortodontik.
Rasa kerengsaan daripada wayar dan braket dapat dikurangkan dengan menggunakan lilin lembut (wax).
Kadang kala, anda mungkin akan rasa tidak selesa sepanjang memakai alat pendakap gigi (braces). Bagi mempercepatkan proses pergerakan gigi, anda patut elak daripada mengambil ubat tahan sakit (NSAID) seperti aspirin.
Jika braket anda tercabut, sila hubungi kami dengan segera dan aturkan temujanji. Tambahan lagi, getah elastik memainkan peranan yang amat penting dalam proses ini. Anda perlu ingat untuk memakai getah elastik dengan mengikut nasihat doktor gigi.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di whatsapp 0127887543
Isu dan Penjagaan Selepas Rawatan
- Ianya normal sekiranya anda berasa tidak selesa sepanjang proses ini kerana gigi anda sedang bergerak untuk penjajaran. Bagi melegakan rasa ketidakselesaan ini, anda boleh cuba makan makanan yang sejuk seperti aiskrim. Jika sakit berterusan, paracetamol adalah pilihan yang terbaik, tetapi cuba elakkan daripada mengambil ubat tahan sakit kerana ia boleh menghalang proses pergerakan gigi.
- Jangan risau sekiranya braket anda tercabut, sila segera hubungi kami di GTC. Doktor gigi kami akan mengikat dan mengukuhkan (bond and cement) kembali braket tersebut pada gigi anda.
- Kadang kala, makanan akan tersangkut di antara wayar. Jika begitu, anda boleh menggunakan berus kecil (interdental brush), flos air (water flosser), flos benang (super floss) untuk membuang sisa makanan yang terperangkap supaya tidak menjejaskan pergerakan gigi.
- Jika anda mempunyai “turbo bite” dengan GIC untuk membetulkan cara gigitan, anda boleh rancang untuk masa makan yang lama ataupun anda boleh amalkan diet yang sihat. Ianya akan menjadi satu cabaran kerana hanya empat batang gigi sahaja yang bersentuhan sepanjang proses “turbo bite” ini.
- Untuk braket yang menyebabkan kerengsaan gusi, anda boleh menggunakan lilin lembut (dental wax) untuk mencegah daripada luka ulser. Keselesaan anda keutaamaan kami di Klinik Pergigian GTC.
Makanan yang boleh dimakan dan perlu dielakkan
Makanan yang boleh dimakan dengan pendakap gigi:
- Tenusu – keju, puding dan minuman berasaskan susu
- Roti – tanpa kacang
- Bijirin– nasi, mi
- Daging dan ayam – ayam rebus
- Laut – ikan, tuna, salmon
- Sayuran – bayam
- Buah – pisang, oren
Makanan yang perlu dielakkan:
- Makanan kenyal – bagel , gula akar manis, gula-gula getah
- Makanan rangup– bertih jagung, ais, kerepek
- Makanan melekit – gula-gula karamel, gula-gula getah
- Makanan keras- kacang, gula-gula keras
- Makanan keras yang perlu digigit -tongkol jagung, epal dan lobak
FAQs
Click here to find out more about having braces at GTC Dental.
The duration of wearing braces can vary depending on the individual case, but typically it ranges from 1 to 3 years.
It is common to experience some discomfort or soreness after getting braces and during adjustments. However, the pain is usually manageable and can be alleviated with over-the-counter pain relievers.
Braces adjustments are usually scheduled every 4 to 8 weeks, but the frequency may vary depending on your treatment plan and progress.
Initially, you may experience slight changes in your speech as you adjust to having braces. However, with time and practice, your speech will typically return to normal.
Hard, sticky, or chewy foods should be avoided as they can damage or get stuck in your braces. Examples include popcorn, hard candies, chewing gum, and ice.
Absolutely! It is never too late to straighten your teeth. Many adults opt for braces or other orthodontic treatments to improve their dental alignment.
Yes, wearing a retainer is typically necessary after braces to maintain the results and prevent teeth from shifting back. Your dentist will provide instructions on retainer usage.
The ideal age for braces can vary depending on the individual, but orthodontic treatment typically begins between the ages of 9 and 14, when the permanent teeth have mostly erupted. However, it's important to note that each child's orthodontic needs are unique, and an orthodontic evaluation can determine the most appropriate time for treatment. Early intervention may be recommended in certain cases to address specific dental issues. Consultation with a dentist will help determine the best age for your child to start braces.