Cabut Gigi Bongsu
IMPORTANCE OF
WISDOM TOOTH REMOVAL (MOS) AFTERCARE
Selepas pembedahan pembuangan gigi bongsu, kami mengesyorkan anda untuk mengikut beberapa petua di bawah bagi memastikan penyembuhan yang baik pada luka pembedahan tersebut.
- Pengurusan dari segi pendarahan
- Gigit kapas (gauze) selama 30 minit dan terus buang selepas itu. Selalunya, darah akan berhenti selepas 30 minit. Selain itu, anda juga boleh menggigit uncang teh yang lembap kerana teh mengandungi asid tannic yang membantu untuk menghentikan pendarahan.
- Darah akan meleleh sedikit pada 24 jam yang pertama dan ianya perkara yang normal. Jangan kerap tukar kapas (gauze) kerana ini akan menyebabkan tempat luka darah beku itu terbuka dan kemungkinan akan berlaku pendarahan semula tanpa anda ketahui. Biarkan sahaja dan ia akan berhenti dengan sendiri.
- Jangan makan makanan yang panas dan pedas pada 24 jam yang pertama.
- Jangan bersenam pada 24 jam yang pertama.
- Jangan guna penyedut minuman pada 24 jam yang pertama.
- Jangan bilas/ kumur/ ludah pada 24 jam yang pertama.
- Elakkan ambil minuman yang beralkohol dan merokok pada 24 jam yang pertama.
- Pengurusan dari segi kebengkakan
- Letakkan bungkusan ais (ice pack) pada hari pertama sahaja, anda tak perlu buat apa apa pada hari kedua dan pada hari ketiga anda boleh letakkan tuala yang suam pada tempat yang bengkak untuk rasa yang lebih selesa.
- Anda juga boleh tidur dengan bantal yang tinggi.
- Penjagaan gigi
- Berus dengan perlahan lahan pada kawasan bersebelahan, anda boleh mula memberus gigi pada kawasan pembedahan jika anda sudah berasa selesa.
- Berkumur dengan 1/2 sudu teh garam + air suam 4 kali sehari (mulakan sehari selepas hari pembedahan)
- Ubat
- Jangan lupa makan ubat mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Anda perlu menghabiskan ubat antibiotik.
- Diet
- Elakkan makanan dan minuman yang panas. Ambil makanan dan minuman yang sejuk terlebih dahulu.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di whatsapp 0127887543