Address
44, Medan Ipoh 1B, Medan Ipoh Bistari, 31400 Ipoh, Perak.

IMPORTANCE OF

AFTER TREATMENT CARE
Denture Care

Ada perumpamaan yang mengatakan, seperti sepasang kasut yang baru, kita juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu yang baru.

  1. Berkumur selepas makan: Tanggalkan gigi palsu, berkumur dan bersihkan gigi palsu anda setiap kali selepas makan. Makanan akan lebih cenderung terperangkap di antara gigi palsu, gigi dan juga gusi. Jika tidak dibersihkan dalam tempoh masa yang lama, ini akan menyebabkan gigi rosak dan rasa tidak selesa yang berpotensi seperti rasa terbakar pada gusi anda. 
  2. Pembersihan secara harian: Bersihkan gigi palsu anda dengan pembersih gigi palsu pada setiap hari. Ikut arahan yang tertera pada produk tersebut. Akan tetapi, rendaman yang terlalu lama juga akan mengubah warna gigi palsu anda. Sekiranya anda tidak mempunyai pembersih gigi palsu, sekurang kurangnya bersihkanlah dengan air biasa. 
  3. Jangan tidur dengan menggunakan gigi palsu untuk membenarkan gusi anda rehat. Oleh itu, rendamkan gigi palsu di dalam segelas air apabila anda tidak memakainya untuk mengelakkan daripada kehilangan kesesuaiannya. JANGAN gunakan air panas kerana ia akan menyebabkan gigi palsu anda mengecut. 
  4. Jangan bersihkan gigi palsu menggunakan ubat gigi: Ubat gigi akan merosakkan gigi palsu, mengurangkan jangka hayat, mudah kotor dan susah untuk dibersihkan. Gunakan ubat gigi pada gigi asli anda dan jangan lupa untuk berus dua kali sehari. 
  5. Bermula dengan diet yang lembut: Mulakan dengan diet yang lembut untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu semasa makan, secara beransur ansur anda boleh tingkatkan tahap kekerasan makanan untuk membolehkan gusi anda terbiasa dengan gigi palsu. 
  6. Kerap membuat latihan: Mulut kita mempunyai banyak otot yang memerlukan latihan untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu yang baru. Dengan latihan yang kerap, anda boleh tingkatkan cara anda bercakap. Membaca surat khabar juga salah satu cara untuk membiasakan diri dengan gigi palsu.
  7. Anda boleh kunjungi doktor gigi kami jika anda mempunyai masalah seperti berikut:
    • Gigi palsu anda longgar
    • Gigi palsu anda menyebabkan luka ulser
    • Pemeriksaan berkala (setiap 6 bulan) adalah dinasihatkan bagi memastikan anda lakukan kerja dengan baik.                                                                                                                                                                                                                                                           
Photo of a lady with lab coat with her pewter award holding a file smiling . There is writing on the photo stating Dr. Chan Gaek Theng, recipient of Segi Chancellor's award, overall best student of all degree programme conducted at segi university

FAQs

Want to learn more about denture at GTC? Click here to find out more